Saturday, June 14, 2014

Mid Year Exam . Daabuuh~

\\Assalamualaikum// n hye...
Keputusan Mid year exam dah keluar sikit2. So, ada yang memuaskan dan ada juga yang mengecewakan. Tapi ape2 pun masih ada lagi paper yang belum tahu keputusan. Nak story pasal score paper aku pun segan ehh. haha  xD. Sepanjang 5 paper yang aku dah dapat ni paling tinggi markah aku just A- . Korang boleh agak dah berapa aku punya score. -,- Haahaha.. Tu larh, sebelum exam aku tak buat apa2 persediaan, Seriously aku tak ready langsung. LANGSUNG TIDAK! . -,- Aku pergi exam longlai2 macam tu je. Jawab ape yang aku rasa boleh jawab. Yang tak boleh aku tibai aje.  Hoho biarkan salah asal tiada ruang kosong. haha. Tahun ni aku mangsa SPM, tak lama dah . Bulan Oktober ni mulalah aku berjihad. hehe .  Jihad kecil je . :3 ,

Blog aku dah berubah , tapi ruang mistress & history tu aku malas nak update dan edit. Bukan apa, bagi aku biarlah die kat situ. Eh, sidebar pun aku tak edit sangt, aku just change gambar je. Ingat nak edit juga tapi takpelah lain kali. Ekekeke..


Ekceli, aku tak terfikir pun nak edit blog, tapi sebab aku rasa bosan yang teramat, aku ambil keputusan aku edit blog jelah, sekurang-kurangnya adalah jugak kerja aku selain daripada homework kan. haha. Tema blog aku ni aku sendiri pun tak tahu, maybe korang boleh kata simple black and white or whatever lah. Tapi aku ni jenis suka benda yang random2 je. haha. Aku rasa kaler tu nampak okay, aku guna, . Aku tak pentingkan sangat tema. Pada mulanya aku ingat aku nak guna background putih je... Tapi bila fikirkan balik kalau guna putih hitam je mesti nampak terlalu terang. Aku ni rabun silau, kaler hitam kaler gelap kaler putih kaler cerah. Aku tak boleh tahan lama kalau tengok dua kaler tu gabung. Nanti mata aku berpinar-pinar. -,- So, aku pun guna average je la, putih hitam dan kaler lain2 yg aku rasa okay. haha. Sekurang-kurangnya takdelah sampai berpinar mata aku kan. :).

Attention! Aku nak beritahu ni, blogskins aku dah lama tak bukak dan aku pun dah lama tak update skin-skin aku kan. Bukan apa, aku malaz sebenarnya. haha. Kalau aku upload pun, aku just guna code2 or skin yang aku penah guna kat blog aku . Hehe, kiranya macam secondhand la ahaha. XD. sorry ! chao. XD



Satu lagi nak citer, FIFA WORLD CUP OLABOLA 2014 hahaha, Semestinya ramai yang jadi burung hantu kan? XD, Aku setakat ni Alhamdulillah masih tido walaupun orang lain sibuk duk tengok bola. :)... Dalam Fifa ni aku sokong banyak team sebenarnya, Brazil, Croatia, Spain, Argentina, German, Portugal .. hehehe. So, aku jadi tak kisah sangat kalau antara yang aku minat ni menang andai diorang bertembung. hehe. :3. Sape kata perempuan tak minat BOLA huh?! Take that words back lain kali . >w^ .

Back to homework. babai. ^^ Assalamualaikum.. ^^