Setelah sekian lama menyepi dari blog ini. Aisyah sebenarnya tak sibuk tapi sebab bila dah bermukim di tempat yang susah nak cari Internet. Itu yang telah menjadi penyebab sepinya blog ini ditambah lagi kemalasan tuan empunya blog.
Aisyah ada terdetik nak delete post-post yang bagi aisyah tak berpengajaran . Jadi ini adalah post pertama selama aisyah berada di perigkat siswazah.
Beralih pada tajuk, tak susah nak cari perkataan SABAR, dalam majalah dah sebagainya banyak menceritakan perihal sabar. Namun, cara penyampaian dan isi nya itu yang berbeza.
Indahnya Sabar,
Pernah kita rasa begitu marah, begitu sakit hati, begitu sedih, kecewa dan pelbagai rasa gundah gulana yang hampir membuatkan kita lupa untuk bersyukur, lupa untuk mengingati Allah.
Pernah bukan?
Jika tak pernah, kamu bukan digelar manusia. Sebab manusia ini memang sifatnya Ego dan Pelupa.
Bila kita berhadapan dengan situasi begitu, pasti sekali bagi sesetengah orang mereka menanam niat untuk membalas balik perbuatan, atau ada juga yang meluahkan isi hati kepada kawan dan keluarga dan yang paling Indah lagi ada yang meluahkan isi hati nya dalam Doa pada Tuhan. Bercerita pada Allah itu indah. Lebih pada segalanya.
Namun hakikat pada manusia itu , manusia juga memerlukan manusia. Jadi, tak salah untuk luahkan isi hati kepada manusia . Cuma bukan semuanya.
Jika luahkan pada manusia, apa yang kita akan dengar balasan mereka adalah .
"Sabar, kawan."
"Sabarlah , mak tahu kamu kuat. Kamu boleh hadapinya."
"Sabar bro. Ramai lagi perempuan kau boleh tackle."
atau mungkin kita pernah mendapat balasan seperti ini.
"Kau balaslah lah balik perbuatan dia. Jahanam betul."
"Betul ke? Memang teruk la dia tu . Nasib baik aku tak pernah kenal dia."
Inikah contoh sahabat? bukan?
Cuba lagi dengan sahabat dekat pada Tuhan.
"Sabar syg, Allah ada. "
"Ada hikmah disebalik kejadian. Yang perlu kita buat hanya Redha dan berdoa pada Allah."
"Masha Allah, Nauzubillah minzalik. Kuatkan hatimu sahabat. Allah sentiasa ada menolong kamu."
Menarik bukan?
Indahnya jika mempunyai sahabat seperti itu.
Namun apa yang nak dikaitkan sebenarnya dengan tajuk? Pandangan dengan Sabar?
Adakah anda puas hati dengan jawapan dari sahabat-sahabat kamu? Kamu puas hati dengan jawapan "Sabar" dari mereka?
Ada yang akan jawab "YA" dan ada yang menjawab "TIDAK".
Majoritinya adalah "Tidak"
Kenapa?
Sebab jawapan yang kita mahu sebenarnya adalah jawapan yang mengikut kehendak kita? tidak, bukan, tapi kehendak nafsu. Nafsu yang sedang mengawal perasaan. Apa yang kita mahu bukan sabar, tapi perbuatan untuk membalas balik kehendak kita.
Tidak dinafikan lagi memang itu yang kita mahu. Memang itu yang kita ingin. Memang itu jawapan yang kita mahu sebenarnya bila diluahkan isi hati . sebab pada masa itu nafsu perasaan sedang hangat mengawal .
Kenapa kita dihadapi dengan situasi begitu?
Kenapa kita diberi Ujian yang dalam fikiran kita , kita tak mampu untuk mengharunginya.
Kenapa kita diberi Ujian oleh Allah?
Telah tertulis jawapannya dalam surah muhammad 47:31 .
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidak) berita-berita tentang keadaan kamu.
Allah ingin menguji kita untuk mengetahui sejauh mana sabar kita. sejauh mana kepercayaan kita pada Allah. sejauh mana cinta kita pada-Nya.
Jika nak di ulas perihal sabar, satu post ini memang tidak cukup. Tapi untuk meringkaskan definisi tajuk , saya akan cuba untuk menfokuskan pada isi penting sahaja.
Oleh itu, apa yang membuatkan Indah itu sabar.
Keindahan dalam kesabaran itu adalah bila Allah memberikan sesuatu yang cukup indah pada kita. Mungkin bukan di dunia, tapi In shaa Allah di akhirat.
Allah menjanjikan kebahagiaan kepada orang yang sabar sebagaimana dalam al-Quran (Surah Al-Baqarah 2:155)
Sesungguhnya! akan kami berikan ujian kepada kamu sekalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan hasil tanaman, Dan berilah khabar gembira kepada orang orang yang sabar.
Walau dengan sedikit kesabaran, cukup membahagiakan.
Pernah tak kita lihat. Orang yang sabar dalam menuntut Ilmu akhirnya mendapat kejayaan yang memuaskan.
Adapun juga kita lihat orang yang benar-benar sabar dalam kehilangan kekasih tercintanya. Namun tak lama selepas itu Allah hadirkan yang lebih baik dan lebih indah dari sebelumnya.
Oleh itu, walau apa jua sekalipun keadaan. Sabar itu kunci kejayaan.
Jika kamu orang yang beriman maka sabarlah dalam setiap keadaan.
Sabar itu separuh daripada Iman.
Jika kita hilang sabar. Maka separuh iman kita juga telah hilang..
Bersabarlah . Inna Allah Maantum . :)
Jazakallahu khairan Kasira.
Aisya Fatima .