Thursday, September 25, 2014

Pemuda inspirasi Ashab Al-Kahfi.

\\Assalamualaikum// n hye...
Mungkin korang semua dah tahu cerita pasal Ashabul Kahfi ni kan. Okay, apa yang korang tahu pasal kisah ni?
Aku pun tak tahu sangat pasal kisah mereka ni. Tapi dari kisah mereka , sudah tentu kita dapat meneka bahawa mereka adalah remaja yang mempunyai keteguhan akhlak dan iman yang mantap.

Entri kali ini aku nak kaitkan kisah remaja sekarang, aku bukan nak mengkritik atau nak tuju kepada sesiapa. Maaf jika ada yang terasa atau terguris. Assif a'la fi kulli jarimah . " Actually aku dah terbaca lama pasal benda ni, so harini rasa nak kongsikan la dengan antum-antum semua ni.

Fenomena yang biasa kita lihat pada zaman sekarang. 
- ramai yang leka di cyber cafe melayari laman web yang tidak sepatutnya dan menghabiskan masa bermain permaian komputer.
- Ramai yang bersuka-ria menghabiskan wang ibu bapa sampai melepak di pusat membeli belah sehingga mengabaikan solat.
- Ramai yang terperuk di salam bilik bersama teknologi canggih. Seruan ke masjid dilupakan bersilaturrahim diabaikan. Seruan berjemaah dipandang sepi.

Dan kita tidak memerlukan pemuda yang seperti ini.
- Suka lari dari tanggungjawab.
- Menconteng arang di wajah ibu bapa
- Banyak berkhayal yang fikirannya tertumpu pada cinta yang tidak halal selain berpotensi terlibat dengan zina dan onani.
- Tiada tarikan dari segi kepimpinan dan akhlak.

Daripada contoh tersebut? mahukah kita menjadikan pemuda tersebut sebagai orang yang memimpin kita suatu hari kelak? Amat jauh tersimpang daripada ciri-ciri unggul Ashabul Kahfi yang diidamkan Islam untuk menyambung perjuangan.


Pemuda-pemuda yang unggul ialah pemuda yang hebat.
-Taat pada agama 
   Hati mereka lembut untuk menjadi anak yang soleh dan pemuda yang berkualiti untuk menerajui masyarakat. Orang yang beriman sentiasa dalam lindungan Allah sekalipun diterpa duri ujian.
-Ciri-ciri pahlawan. 
   Sekalipun tidak memegang pedang atau senjata, tetapi daripada gaya percakapan dan personaliti yang dinamik, dirinya terserlah sebagai insan yang memiliki maruah dan jati diri yang unggul, Keberanian, keyakinan diri dan keterampilan berbicara dapat dipupuk dengan latihan yang istiqamah selain pendedahan demi pendedahan yang berterusan
-Jiwa lembut
   Hati yang lembut mudah menerima perintah dan larangan Allah. Hatinya mudah tersentuh dengan ayat-ayat tegahan dan perintah Allah. Saat dia melakukan maksiat kepada Allah, dia menangis lantaran takut akan Allah. Dia menagis kerana Allah, bersih jiwa raga, bersih hatinya.
-Menghormati wanita
   Wanita dilihat sebagai hamba Allah dan amanah yang harus dijaga. Pemuda yang takutkan zina adalah pemuda yang hebat, umpama permata yang berkilau. Sudah pasti pemuda yang hebat tidak menjadi punca kes sumbang mahram, rogol, zina dan taksub terhadap bahan lucah.
-Mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu.
    Pendakwah perlu turun padang untuk membantu masyarakat dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki. Ruang perjuangan tidak hanya di sekitar masjid, malah perlu kreatif dalam mendekati rakan sebaya untuk menarik mereka mendekati agama. Seimbang dan sepadukan setiap ilmi supaya peluang untuk berdakwah itu terbuka luas tanpa sempadan.


Baiklah, sumber daripada  majalah Gen-Q, JazakaAllah syukran kasira. Entri ni bukan hanya kepada lelaki disebabkan satu perkataan "pemuda" yang merujuk kepada lelaki. Tetapi entri yang ini merujuk kepada semua remaja tidak kira lelaki atau perempuan. Ingin menjadi yang hebat perlulah sentiasa Istiqamah dalam menjadi yang terhebat. Hehe, Maaf ayat berbelit kah? hehe.

Jadi setakat itu sahaja entri saya yang kedua pada bulan september ini. haha Maaflah sebab baru nak update setelah sekain lama kan? :). Jumpa lagi di lain entri Insha Allah.
^^

Thursday, September 11, 2014

Tutorial : Disable / Undisable text selection(highlight text)

\\Assalamualaikum// n hye...
Lama tak jenguk blog sebab abang dah ambil balik laptop untuk buat assignment. So, aku dengan rela hati pun merelakan je lah. Alhamdulillah, semalam dia balik sebab ada test license. haha Sempat la ambil kesempatan guna laptop beliau untuk update blog ni. Hehe, n btw tadi ade orang requested tutorial.

Cara yang aku nak tunjuk ni mungkin menjadi atau tak, sebabnya, aku dah lama tak main dengan code java html ni semua. huhu .

Blogskins :

1-Login
2- Template
3- Cari code ni  <body oncontextmenu='return false;' onkeydown='return false;'> 
*kalau tak ada sila copy. 
4- Copy code bawah ni .
onselectstart='return false;'>
5- Pastekan sebelah code
<body oncontextmenu='return false;' onkeydown='return false;' 
tadi  dan akan jadi macam ni

<body oncontextmenu='return false;' onkeydown='return false;' onselectstart='return false;'>

6- Save .

*untuk penerangan bagaimana cara nak undisable / disable tu sila rujuk sini. 


Simple / denim ;

1-login
2-layout
3-html/javascript
4-copy code bawah ni dan paste dalam kotak javascript tadi tu.

<script type="text/javascript">
/***********************************************
* Disable select-text script- © Dynamic Drive (www.dynamicdrive.com)
* This notice MUST stay intact for legal use
* Visit http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/
//form tags to omit in NS6+:
var omitformtags=["input", "textarea", "select"]
omitformtags=omitformtags.join("|")
function disableselect(e){
if (omitformtags.indexOf(e.target.tagName.toLowerCase())==-1)
return false
}
function reEnable(){
return true
}
if (typeof document.onselectstart!="undefined")
document.onselectstart=new Function ("return false")
else{
document.onmousedown=disableselect
document.onmouseup=reEnable
}
</script>

5- save dan lihat.

sila inform saya kalau ada masalah dengan tutorial ni . ^^