Lagi 3 hari kita puasa. :) MashaAllah, cepat betul ramadhan nak tinggalkan kita ye. Huhu, rasa sedih sebab tak dapat penuhkan terawih selama sebulan ni. Hmm, Rugi betul..
Tapi apa-apa pun Alhamdulillah syawal akan menjelma tak lama lagi kan. :) .Semua mesti dah ready nak raya ni kan? Hahaha. Mesti dah catat dalam otak nak ziarah rumah sape , berapa banyak duit raya, raya kat mana, baju raya pertama warna apa raya kedua warna apa bla bla bla, haha.
Untunglha sape-sape yang dapat raya kat kampung tu ya. Aku stay sini je, bukan taknak balik tapi tak dapat balik sebab abah kerja. Kawasan rumah aku ni kalau time raya memang sunyi, kadang-kadang bunyi kucing je yang ziarah rumah-rumah minta makanan.
Actually, aku tak ada cerita sangat pun . Haha . Kelmarin aku balik awal, dalam pukul 11:15 pagi, Mudir cakap balik awal sebab sambutan syawal. hahaha, apa-apa je la mudir - Terima kasih mudir sebab tak biarkan kitorang membosankan diri kat sekolah sampai petang kan. hehe -
Disebabkan balik awal, so aku cadang nak pergi kedai cermin mata - nak tanya abang tu cermin mata aku tu dah siap ke belum. Aku buat cermin mata tu ramadhan ke-3 . Lama kot aku tunggu cermin mata aku siap. Huhu, seksa tak ada cermin mata ni, aku ni rabun silau melebihi rabun jauh+dekat. Cermin mata kesayangan aku dulu hilang masa lawatan sekolah kat pahang , aku tinggalkan kat pameran gajah. Sedekah kat gajah tu. Dahla malas na ingat peristiwa
Balik sekolah aku beritahu mak aku lepas ni aku nak keluar nak pergi kedai cermin mata. Mak aku benarkan dan mak aku minta tolong aku kemaskini buku bank mak. Aku pun okay je. Lepas mandi aku pun siap-siap nak keluar . Aku ni memang macam ni, jarang keluar rumah - kalau ada kerja je baru aku keluar. Aku bawa motor tak lebih 40km/j haha , paling laju pun kelmarin 30km/j je. Orang yang lalu tepi aku sengih je dia tengok aku, aku kesah apa. haha.
Mula-mula aku pergi bank sebab bank dekat sikit. Tak sangka dalam bank tu ramai orang, tak kira dekat kaunter dan mesin atm/deposit ramai. MashaAllah, aku pun kira patah balik la. Lain kali je lah, aku bukannya rajin nak tunggu lama-lama. hehe. Sampai satu cabang tu, aku ingat aku nak masuk kanan, aku lupa yang hari khamis hari pasar, memang tak boleh lalu la simpang kanan tu. Warrrr, terpaksa jugak aku U-turn kat jalan besar tu.. huhuh Ingat malas nak masuk jalan besar tu, alah-alah kena juga. Takdir ada hikmahnya Allah je yang tahu.
Lepas U-turn aku belok masuk laluan nak pergi kedai cermin mata tu. Parking motor pergi kat kedai tu dan aku tanya la cermin mata aku tu siap tak lagi. Masa tu aku dengan topi keledar tak buang lagi, abang tu duk "haa" "haa" haha. Aku sebenarnya malu sebab kat situ aku seorang je perempuan. haha Segan . Memang jenis aku cakap perlahan. haha . Aku ulang sampai tiga kali barulah abang tu angguk dan pergi cari cermin tu.
Alhamdulillah, aku ingat diorang lupa ke apa, tapi rezeki Allah beri kat aku kelmarin . Aku bawak RM150. sebab RM150 tu nak masuk bank, Bila Allah dah tetapkan duit tu rezeki abang tu - dapat kat abang tu, Aku tak tahu jugak , pakej apa, sebab aku tengok bingkai tu dalam RM200++ juga la haritu, Bingkai je, tambah dengan power mata aku.????? Tiba-tiba abang tu cakap bingkai dengan power siap semua RM100 . hahaha. Eksaited rasanya, yelah aku student high school kan, mana nak ada banyak duit.
Aku pun balik dengan hati berbunga-bunga. haha Gembira la benda yang aku tunggu lama dah dapat. :D Alhamdulillah nasib baik sabar, sebenarnye aku dah kurang sabar dah kelmarin sebab tu aku pergi tanya. haha Kalau aku masih setia bersabar, mungkin sampai bila-bila aku tak dapat call dari kedai tu kan. Hikmah Allah . Cantik jalan cerita. :) hehe.
Minta maaf tau, aku cakap aku tak ada banyak cerita, tapi dah berapa banyak perenggan dah aku taip. hehe. :P. Jangan marah jangan geram , syawal kan dah nak datang, salinglah kita bermaaf-maafan..
Salam syawal, :). Assalamualaikum...
Betul3. Pejam celik pejam celik dah nak raya . Cepat betul masa dunia ni.
ReplyDeleteHaha . Baguslah dah dapat spectacle baru , dah boleh study elok2 hehe