Friday, August 22, 2014

Alhamdulillah trial dah habis


\\Assalamualaikum// n hye...
Alhamdulillah hari khamis minggu lepas dah habis trial SPM. Dah lama tak jenguk blog ni, usang sudah . :3. Tapi apa pun terima kasih lah kepada sesiapa yang sudi menjenguk blog aku ni . *Tepuk tangan untuk diri sendiri * . Kelmarin aku pergi melawat mak saudara aku kat Gua Musang, sakit apa pun tak tahu sebab doktor tak boleh nak kesan . Hmm, aku bab macam ni mulalah nak fikir negatif. -,- Doktor tak boleh kesan mesti ada kaitan dengan sihir. Ecewah -.,- Syirik je MashaAllah. Kesian mak saudara aku.

Blog aku dah berubah kan? haha tapi tak de lah ketara sangat kan. Setakat berubah header, navigation yang bertambah . Font yang berbeza. Hehe, actually aku dalam proses nak kemas kini balik tutorial tutorial freebies tips tu semua. Almaklumlah benda lama tu, kena up to date la sikit. tak gitu?

Actually aku sekarang tengah berbisnes . ayat haha . Alang-alang aku bosan so aku isi masa lapang aku dengan buat kraftangan aku sendiri daripada felt2 ni semua. Aku ada juga buat brooch dan keychain dan dalam proses buat gelang manik. Semuanya handmade kecuali bahan2. haha.Aku start berkraftangan ni bulan 2 februari . lama sangat XD, sekarang aku jarang buat benda alah ni sebab fokus dengan exam. Tapi lepas je trial minggu lepas aku nak sambung buat balik la. :) Nantikan aku punya handmade ye. haha XD

Saturday, August 9, 2014

Trial trial trial

\\Assalamualaikum// n hye...

"Ya Allah Doakan Siti Aisyah binti Jaafar dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan yang bakal dia hadapi serta berikanlah kejayaan kepadanya di dunia dan di akhirat, Amin~" .

Sebelum ni cikgu beritahu kami , tarikh trial 10/8 - Lepas tu minggu lepas cikgu beritahu tarikh trial 12/8 pula. Entah mana satu, aku tak tahu lepas ni cikgu nak beritahu tarikh bila pula. -,- . Jadual aku belum dapat, cikgu busy kot. Aku study study juga, tapi aku nak tengok juga jadual exam tu subjek apa yang exam dulu baru rasa semangat sikit.

Kat sekolah aku memang sehari nak exam baru nak bagi jadual. MashaAllah. Aku bukan nak memburukkan sekolah aku sendiri, cuma aku rasa macam sekolah aku ni tak sistematik, kadang-kadang jadual berterabur, majlis tak meriah, huhuhu. Sememangnya peraturan henset tak dibenarkan bawa ke sekolah. Tapi takkan selama 5 tahun sekolah kat sana taknak capture memories kan? Semua pelajar nak, berselfie dengan membe. hmm, Peraturan ni entahlah aku tak tahu nak cakap, ketat sangat? hmm, Bukan setakat henset, kamera pun tak boleh.

Minggu lepas ada sambutan hari raya kat sekolah. Sambutan tahun ni tak meriah langsung, LANGSUNG TIDAK . Ramai yang cakap sambutan tahun ni boring. Yelarh, bila sekolah buat sambutan hari raya mestilah kitorang nak bergambar la, bebas la senang nak kata. Tapi tahun ni, lain dari yang lain dan sememangnya lain dari tahun-tahun sebelum ni. Pagi ada solat hajat, lepastu perjumpaan ibu bapa, lepas tu ceramah, lepastu makan dan balik. -,-

Sedihnya, kitorang tak sempat nak bergambar pun . :C . cikgu taknak bagi peluang langsung untuk kitorang bebas, lepas makan then balik. Rasa rugi pula datang, hahaha. Aku memang dah tak suka sekolah kat sini haha bertahan je untuk SPM nanti lepas tu ambil surat berhenti sekolah. -,-

Apa-apa pun aku taknak menaip panjang sangat . So, aku nak cakap selamat hari raya kepada korang dan doakan aku dalam trial exam ni kay. :) InshaAllah.