"Ya Allah Doakan Siti Aisyah binti Jaafar dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan yang bakal dia hadapi serta berikanlah kejayaan kepadanya di dunia dan di akhirat, Amin~" .
Sebelum ni cikgu beritahu kami , tarikh trial 10/8 - Lepas tu minggu lepas cikgu beritahu tarikh trial 12/8 pula. Entah mana satu, aku tak tahu lepas ni cikgu nak beritahu tarikh bila pula. -,- . Jadual aku belum dapat, cikgu busy kot. Aku study study juga, tapi aku nak tengok juga jadual exam tu subjek apa yang exam dulu baru rasa semangat sikit.
Kat sekolah aku memang sehari nak exam baru nak bagi jadual. MashaAllah. Aku bukan nak memburukkan sekolah aku sendiri, cuma aku rasa macam sekolah aku ni tak sistematik, kadang-kadang jadual berterabur, majlis tak meriah, huhuhu. Sememangnya peraturan henset tak dibenarkan bawa ke sekolah. Tapi takkan selama 5 tahun sekolah kat sana taknak capture memories kan? Semua pelajar nak, berselfie dengan membe. hmm, Peraturan ni entahlah aku tak tahu nak cakap, ketat sangat? hmm, Bukan setakat henset, kamera pun tak boleh.
Minggu lepas ada sambutan hari raya kat sekolah. Sambutan tahun ni tak meriah langsung, LANGSUNG TIDAK . Ramai yang cakap sambutan tahun ni boring. Yelarh, bila sekolah buat sambutan hari raya mestilah kitorang nak bergambar la, bebas la senang nak kata. Tapi tahun ni, lain dari yang lain dan sememangnya lain dari tahun-tahun sebelum ni. Pagi ada solat hajat, lepastu perjumpaan ibu bapa, lepas tu ceramah, lepastu makan dan balik. -,-
Sedihnya, kitorang tak sempat nak bergambar pun . :C . cikgu taknak bagi peluang langsung untuk kitorang bebas, lepas makan then balik. Rasa rugi pula datang, hahaha. Aku memang dah tak suka sekolah kat sini haha bertahan je untuk SPM nanti lepas tu ambil surat berhenti sekolah. -,-
Apa-apa pun aku taknak menaip panjang sangat . So, aku nak cakap selamat hari raya kepada korang dan doakan aku dalam trial exam ni kay. :) InshaAllah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. In Sha Allah, kita memperoleh keputusan yang terbaik untuk kita.
ReplyDeleteInshaAllah. hehe . ^^
DeleteYa Allah aku doakan Siti Aisyah binti Jaafar dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan yang bakal dia hadapi serta berikanlah kejayaan kepadanya di dunia dan di akhirat.. Amin.. ^_^
ReplyDeleteAmin. thanks akak. ^^
Delete