Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Tips memujuk perempuan merajuk



Assalamualaikum n hai.
harini aku nak share satu tips. Tips ni aku rasa penting kot bagi lelaki untuk tahu macam mana nak pujuk perempuan bila merajuk. Haha, girlfriend yang suka merajuk ni seorang yang manja lerw. :P Baik baca tips2 ni cepat-cepat , kang nanti merajuk tak sudah-sudah, nanye la. haha


Firstly : Minta maaf 
 - Perempuan ni actually walaupun garang ataupun ganas sekalipun, kalau orang minta maaf inshaAllah hati dia lembut sikit dan maafkan orang tu sebab perempuan ni jiwanya sangat lembut. Cuma kena pandai lembutkan je. So, kalau tersilap dan buatkan dia merajuk, cepat-cepat minta maaf - mengaku salah dengan nada yang perlahan.  terus terang je, sebab perempuan ni memang suka orang yang jujur.

Kedua : Belikan sesuatu / hadiah
- Perempuan ni mengada-ngada sebenarnya. haha aku tak nafikan sebab aku pun macam tu juga cuma tak tunjukkan je. hahah. Kalau dah cuba pujuk dengan minta maaf banyak-banyak kali tapi still tak jadi, cuba belikan sesuatu yang perempuan tu suka? Kadan-kadang dia nak tengok je sejauh mana lelaki tu ambil berat pasal dia.

Ketiga : Buat kejutan
- Perempuan ni dia memang jenis suka benda yang surprise2 ni. haha. So, cubalah bawa dia ke tempat-tempat yang dia suka tanpa memberitahu dia, lepas tu minta maaf la . InshaAllah terpujuk hatinya . :3

keempat : Guna lagu 
- yang ni aku tak tahu nak cakap ape. hmm, zaman sekarang kan orang duk jiwang-jiwang dengan lagu ja. So, mungkin boleh guna kot lagu untuk pujuk si dia. -blank-

Kelima : Buat tak tahu
- Actually, perempuan bila merajuk dia perlukan ruang untuk bersendirian , adalah dalam 4 5 minit gitu . Tapi bukan lama, lelaki tak boleh cakap " alah, nanti okay la tu " , memang la akan okay tapi akan memakan masa yang agak lama, kadang-kadang perangai lelaki macam ni akan buat perempuan sakit hati - Kan dia mahukan pujukan, buat xendah tu kenapa. Cakap minta maaf pun dah kira okay .

Keenam : Merajuk balik
- Haa yang ni comel. haha Bila kedua-dua belah pihak taknak mengaku kesalahan atau taknak memujuk, macam ni la jadinya . Si lelaki dah puas pujuk si perempuan, si perempuan still merajuk so si lelaki bolehlah nak merajuk balik. hahaha sebab nanti si perempuan akan memujuk dan si lelaki juga akan memujuk, so kiranya sama-sama pujuk memujuk la ye. Kalau si perempuan tak pujuk si lelaki yang merajuk ni , biarkan lama-lama nanti sama-sama kan rasa memerlukan dan terjadinya scene pujuk memujuk maaf memaafkan , tak gitu?

source : here

Macam mana? Dah cuba ke? hehe kalau belum cuba, silakan mencuba ya. ^^ jumpa lagi
Assalamualaikum..

Saturday, September 24, 2011

tips : pendekkan nota


Assalamualaikum dan hye!!
ari niy xtau cmner aisyah boleh tiba2 na tulis fasal tips2 niy... maybe sbb terbace satu entri dari blog Irfan3 kot... hahah... tapi tip yg aisyah na kasitau niy bkn cara belajar...tp cara ntuk pendekkan nota... yer larr... biase larr cikgu2 kenkadang suh buat nota dari buku teks!!! ader sesetengah org salin semua smpai habis satu bab... xletih ker ea??? ish3... tapi biler cikgu tulis nota kat papan hitam/putih tu kna lar ikot... xnak ikot pun xper. keh3.. tapi klau cikgu tulis nota tu pnjg sgt... smpai kena padam pastu tulis balek..padam tulis..padam tulis... ksian plak kat cikgu...cikgu yg letih.. kite cuma 2 helai m/s jer nota tu(contoh ajer)..hahaha... so.. korang na dengar lagi penerangan???(perasan) oke.. bole ajer... heheh... tips yg aisyah na kasitau niy... atas pengalaman aisyah snirik... lau korang da tau cmner korang bole tutup mate... da larr... mlaz da na bg penerangan... kite brbalik pd tajuk... hee...

tip 1: Nota dari buku teks

biler da bkk bku teks tu.. xperlu salin semua tulisan dan abjad dalam buku teks... korang cume perlu ambik yg penting ajer...

mule2.. garis ayat yg penting dalam buku teks tu... contoh... aisyah amik dari buku science form 2 volume 1...

Phototropism
phototropism is the movement or growth of plants in response to light. Plants respond to light by growing their stems and leaves toward light.their response to light is called positive phototropism.


biler da gabungkan ayat2 pnting tadi... korang wat dash ataupun dot atau pape jer yg korang na bia paham... contoh yg slalu aisyah wat...

Phototropism
-response to light... na jadikan lgi singkat... 'light' sng skit...
-grow stems,leaves toward L(light)
-positive


haa... cmtu larr care yg aisyah salu guna... kuno ehh??? xkesah larr asalkan sendiri yg paham... heheh


tip 2 : nota dari ckgu yg suka tulis memanjang

haa... yg ni mmg cikgu yg akn letih... tapi xper...cikgu buat pnjg2 pun sbb na sruh kite paham gak kan... tapi kenkadang ader jgk yg ta paham.. hahha..kesian cikgu...
oke... care na pendekkan nota cikgu yg suke tulis panjang-panjang niy sng ajer... korang cume pndekkan huruf... hahah... care cmniy mmg da popular, korang smue mmg da tau kan...
contoh :
da stgray, shark, pufferf n clownf(the stingray, shark, puffer fish and clownfish) yg korang susah na tulis jgn larr pendekkan... nnti xtau plak amende ayat tu...



Alhamdulillah.. korang dapat lagi ilmu.. uits... bace tips2 pun.. salah satu ilmu pembelajaran tau... jgn engt bace tips tu...cam bace komik... x faham dengan entri niy??? bagitau aisyah...
care kuno??? jgn pedulikan...

da larr... jumpa lagi yer... wailalliqa` maasalam... ^_^

Saturday, August 13, 2011

Tips untuk khusyuk dalam solat




1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.

2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.

3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.

4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.

5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.

6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.

7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.

8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.

9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.

10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.

11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.

12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

14. Memahami makna bacaan dalam solat. Jika sukar, cuba untuk membayangkan ayat yang di baca… seperti baris atas, baris di bawah, tanwin, di mana sabdunya dan yang lainnya.
sumber : http://www.rohaizad.com/2011/04/22/tips-dan-petua-untuk-khusyuk-dalam-solat/