Wednesday, January 22, 2014

6 tips awet muda

\\Assalamualaikum// n hye...
Sape taknak awet muda? semua perempuan mahu kan? hehe So, harini nak share tips untuk kekal awet muda. Tips ni pun diambil dari laman sesawang lain juga. Mari kita baca.

1. Meditasi selama 10 minit
-Apa itu meditasi? haha okay, meditasi ni macam bertafakkur , duduk dan berfikir tenang. Stress dapat mempercepatkan penuaan seseorang. Oleh itu, anda boleh bermeditasi selama 10 minit di tempayt yang tenang dalam sehari tu. Pejamkan mata , rilekskan semua otot-otot dan bernafas secara dalam-dalam.

2. Makan makanan yang mengandungi omega-3
- Bahan makanan yang mempunyai omega-3 dapat membantu mencegah tanda-tanda penuaan. Fungsi omega-3 sebenarnya untuk menjaga diri supaya sentiasa sihat dan membuatkan kulit sentiasa licin. Makanan yang mengandungi omega-3 ialah ikan salmon , kenari serta biji-bijian.

3.Aktiviti senaman
- Bila dah semakin dewasa, mulalah timbul tanda-tanda penuaan pada kulit dan mengendurkan otot-otot kita. Oleh itu, lakukan senaman atau bersukan untuk menguatkan balik otot-oto kita. Bersukan atau senaman selama 20 minit dalam sehari atau seminggu dapat mengencangkan otot-otot dan membuat tulang menjadi lebih sihat. 

4.Yoga
- Yoga merupakan akitiviti yang memusatkan seluruh fikiran untuk mengawal panca indera dan tubuh secara keseluruhan. Fungsi yoga ialah mencegah tanda-tanda penuaan serta awet muda. :3. 

5. Makan buah delima
- Buah delima dapat membuat kita lebih sihat dan tampak awet muda kerana buah delima mempunyai manfaat untuk kesihatan kita. Buah delima dapat melindungi kerosakan kulit akibat sinaran UV , menurunkan kadar kolesterol / lemak dan menurukan tekanan darah serta menghindarkan diri daripada kanser-knaser yang merbahaya.

6. Minum teh hijau
- Semakin meningkat usia, semakin lemah kemampuan otak kita kan. Oleh itu, minum teh hijau sehari dapat menguatkan daya ingatan otaki kita yang semakin menurun. 



Haa, lepasni dah boleh cantik dan sihat kan. :) 

1 comment:

  1. Mudah tersenyum, dan olahraga, juga dapat mengurangi kerutan pada wajah khususnya.

    ReplyDelete