\\Assalamualaikum// n hye...
So, harini rajin sikit. haha. bukan menaip pun, kopi pasta je. Disebabkan Aisyah ni Zodiak Taurus, haha, horoskop tu xperlu nak percaya sangat, tapi ni sebagai hiburan kot. So, Nak ceritalah sikit tentang Taurus ni :3
hampir 70% betul tu. hahaks.
TAURUS : YANG SETIA
Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 April hingga 20 Mei dikatakan bernaung di bawah zodiak TAURUS, yang berlambang Lembu Jantan. Dengan yang demikian, Taurus mengutamakan kekayaan, ketinggian rohaniah, kaut daya rasa, kesetiaan, kesuburan, terlalu praktis, murah rezeki dan ketabahan .
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun , ada kalanya Taurus bersikap terlalu kebendaan , terlalu mengongkong, keras hati , suka menurut rasa hati dan buntu fikiran .
Kualiti Astrologi
Taurus termasuk dalam kategori tetap, iaitu kestabilan, daya ketabahan, daya ketahanan, dan daya kesempurnaan. Dengan kualiti ini baik untuk memastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain Taurus ialah Aquarius, Leo dan Scorpio.
TAURUS :PERHUBUNGAN
Taurus sangat berhati – hati memilih kawan , sahabat lebih – lebih lagi kekasih , sehingga menjadi seorang yang sangat pemilih. Walau bagaimana pun , sebaik – baik sahaja mendapat pendamping yang serasi , Taurus akan menjaga perhubungan itu supaya tetap berpanjangan.
Taurus mudah mesra , setia pada kekasih , bersikap melindungi , tetapi sifat ini juga bermakna mengongkong. Taurus suka tinggal di rumah , suka menghabiskan masa bersama keluarga . Pendamping yang diidamkan Taurus adalah seorang yang setia dan memberi perhatian penuh padanya . Ini bermakna Taurus sangat bergantung pada pasangannya.
CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) dan VIRGO ( 22 Ogos – 22 September ) adalah pasangan yang ideal bagi Taurus . Walau bagaimana pun, Taurus perlu berhati – hati apabila berpasangan dengan ARIES ( 21 Mac – 20 April ) atau GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun) .
Cancer memang pendamping tepat bagi Taurus . Keperibadian Cancer yang matang dan tidak berubah – ubah sesuai dengan cita rasa Taurus . Lagi pun , Cancer mempunyai pandangan yang konservatif ( kolot ) seperti Taurus. Sikap Virgo yang tenang dan agak kolot juga sesuai bagi Taurus.
Pasangan Taurus – Aries mungkin tidak sesuai . Ini kerana , Aries bercita – cita tinggi, lincah dan terbuka berbanding dengan Taurus yang tenang tetapi matang . Gemini juga bukan pasangan ideal bagi Taurus . Sifat Gemini yang mudah berubah – ubah boleh menyebabkan Taurus mudah berasa kecewa.
TAURUS : PERHUBUNGAN SEKS
Taurus merupakan satu lagi lambang yang paling seksi . Walaupun demikian, orang kelahiran lambang ini lebih lambat pergerakkannya tetapi cukup mengasyikkan. Oleh sebab mereka ‘lambat’ , jangan pula anda beranggapan mereka ( Taurus ) membosankan. Kelahiran Taurus sangat setia dan sangat pemilih terhadap sesiapa yang menjadi pasangannya. Mereka akan selalu membiarkan pasangannya mengambil berat dan memastikan mereka jujur terhadap pasangannya.
TAURUS : KERJAYA DAN KEWANGAN
Dalam hal pekerjaan , Taurus sangat rajin , tekun , cermat , cerewet , kreatif dan mementingkan ‘ deadline ‘ ( tempoh siap ). Semua ciri ini menguntungkan sebarang majikan atau organisasi. Namun , Taurus sangat inginkan bosnya serajin dan sekreatif seperti dirinya. Anda menghormati orang mempunyai kesedaran meluas dalam hal ehwal kemasyarakatan dan politik.
Dalam perniagaan Taurus cukup pintar atau licik . Anda tidak pernah bersikap malas , tetapi berasa seronok bekerja dan mengharapkan hasil yang memuaskan . Taurus kurang gemar menanggung risiko yang tidak perlu dan dengan yang demikian anda berhasil menduduki taraf ketua seperti pengurus atau penyelia.
Kemahiran pengurusan diperkukuh oleh bakat semula jadi Taurus pada pengurusan dan pengendalian yang terperinci dengan penuh kesabaran dan keterlibatan. Taurus juga mampu memperlihatkan hasil yang baik dalam perkebunan dan pertanian. Secara umumnya , orang Taurus akan memilih wang ringgit dan kekuasaan daripada prestij atau pengiktirafan orang awam . Sebab itu , Taurus hanya akan mengejar prestij dan kemegahan sekiranya ia dapat memberi kesan langsung kepada wang ringgitnya !
Kekayaan bagi Taurus , adalah kesenangan dan keselamatan . Kekayaan adalah kestabilan . Dan Taurus hanya akan berasa mempunyai kekayaan kalau dia dapat melihat dan merasainya! Taurus cemerlang dalam agensi perladangan dan pertanian. Dalam usaha mencapai tujuan ini , Taurus perlu mengembangkan kebolehan intelektual dan komunikasi. Namun , sikap bertolak ansur selalu diperlukan untuk memastikan kejayaan Taurus.
TAURUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Rumah dan keluarga merupakan dua ‘ harta ‘ ( aset ) dan tanggungjawab adalah perkara yang sangat penting bagi Taurus. Orang kelahiran Taurus memang sayangkan anak – anak . Untuk kelengkapan rumah , orang Taurus gemar membeli perabot dan perhiasan untuk keselesaan. Rumah bukan untuk tempat tinggal semata – mata tetapi tempat untuk kreativiti dan hiburan . Oleh sebab itu, semua alat dan perabot sentiasa tersusun dan bersih.
Semakin tua , Taurus gemar tinggal di rumah , terutama rumah yang jauh dari kebisingan. Taurus memang sukakan tanah tempat tumpah darah apabila menjelang hari tua. Taurus memang penyayang tetapi agak tegas pada anak – anak . Segala – galanya disediakan dan diawasi demi kebajikan dan kebaikan mereka . Bagi Taurus , kasih sayang bukan diucap tetapi dipraktiskan. Walau bagaimana pun , Taurus tidak menyenangi kebisingan oleh kanak – kanak.
Thank you:
Truly Aisyah :3
No comments:
Post a Comment