Saturday, November 23, 2013

Manisnya O_O


\\Assalamualaikum// n hye...
Angin hari ni tetiba berbaik nak membuat satu entri yang kononnya femes satu dunia.XD Kay perasan je. 
Dah baca tajuk? ape2 jelah aku nak share story dengan korang sikit. sorry penggunaan "aku" *ayt tergantung *.. Muekeke. Kelmarin sebelum kelmarin. hahaks berbelit ke ayat? Kesian pula orang baca nanti cakap aku macam orang keling la bagai cakap macam belit-belit je. Hahaks Sorry Trend Syasya tu melekat kat aku juga sekarang gara-gara korang lah ni yang mengfamouskan dia. Muehehe :P Jangan Marah bukan nak menyalah just nak cakap aje. hahaks. Rilex brader brader rilex orang kata apa? Chillax? . hahaks.XD 

Dah2, gini Hari Khamis haritu adelah mak ayah aku serta abang2 aku ajak pergi rumah ayah sedara aku tapi sebelum tu pergi Kb sebab abang aku ada kerja kat sana, So aku berserta abang2 aku dan mak ayah aku pun pergilah ke KB tu. Kota Bharu lerw , alah Jeli ke KB tu bukan jauh sangat adelah dalam 1/2 jam. hahaks Disebabkan keluarga aku keluarga yang suka makan angin sampai pokai, So, perjalanan yang jauh pun dikata dekat macam ape. Ish3. 

Sebelum aku dan abang2 dan mak serta ayah aku tu bertolak, dah jadi Habit dan Kepentingan bagi kita untuk makan sebelum mulakan perjalanan, maybe ade kot yang tak makan sebelum perjalanan, Kay aku ade pengalaman macam tu memang seksa la sebab lapar wuwuwuw, bukan aku sorang keluarga aku pun lapar mase tu padahnya taknak makan sebelum mulakan perjalanan, Kay semua tu jadi ingatan dalam memori untuk discan dilain hari. Haha. aku nak sambung, lepas dah naik kenderaan tu aku memang dah jadi rutin kalau masuk kereta tempat duduk aku mesti kat tepi tingkap, eh silap kat pintu , Ngee~ XD . Ayah aku pun start enjin kereta tekan brek? eh hahaks, Kereta pun jalan~ .

Mata aku punyalah mengantok tahap ape ntah, almaklumlah tido lewat semalam sebelum haritu. XD So, aku tenangkan fikiran dan (.....) Aku tertidur, Dahsyat tak? Nyenyak tido dalam kereta lepastu sakit badan. haha. Entah berapa lama aku tidur aku tak sempat kira, Bila aku dah bukak mata tu dah sampai pun KB. Mata aku punyalah segar tapi tetap kalah dengan tahap kerabunan aku tu. Abang aku ade kerja dekat Perpustakaan Awan Kota Bharu tu, Kerja apa pun aku tak tahu tak sempat aku jadi detective Conan nak siasat benda tu. Sementara aku tunggu abang aku selesai dengan kerja dia tu, Aku pun luangkan masa aku dengan membaca, Ececece Rajin tak? haha Perasan je. Aku baca buku cerita je . hahaks, Hakikat yang sebenar aku tak boleh membaca kalau dalam kereta, kalau aku nak membaa juga syaratnye aku kena tinggikan buku tu lepas kepala aku, Hahaks, macam membaca donggak ke atas. Seksa tak? hahaks, tu masa kereta sedang bergerak, Kalau tak bergerak bebas je.  

Dah selesai kerja abang aku , Aku dan keluarga aku pun dalam perjalanan nak ke rumah Adik Mak aku kat Pasir Mas. Masa tu hujan ke tidak eh? Lupa dah aku. Dah sampai rumah adik mak aku tu ,dia ade buat homestay kat sebelah rumah die tu khas untuk penginap yang berkeluarga, punyalah besar luas huhuh, Ade lagi homestay kecik2 kat belakang rumah dia tu tapi setiap kali aku dan keluarga aku pergi rumah dia memang rumah yang kat sebelah dia tu lah jadi rumah sementara kami. Dah masuk rumah tu aku terus baring atas katil. Lepastu tiba-tiba mata aku mengantuk, hebat punya katil sengaja nak aku tidur. haha. 

Mak ayah aku berbual dengan ayah saudara aku tu, Aku diam membisu seribu bahasa dengar lagu jelh alang2 aku bawak earphone. XD . Dah habis bab tu. Nak dijadikan cerita sebenarnya masa balik dari rumah ayah saudara aku tu , kami sekeluarga singgahlah kat satu kedai makan ni, Kat mana? xboleh bagitau rahsia, jaga Aib katanya. haha. Tapi kami tak order masakan panas, kami just ambil makanan yang hidang sendiri tu je. Dah siap ambil makanan tu kami pun ready nak makanlah. Sekali Ngap* Okay xde apa. Bile dah banyak kali, alooorh, manisnye makanan, MashaAllah. -,- Keluarga aku bukan tak suka manis,tapi bukan yang terlalu manis.. Betullah orang kelantan suka makan manis2. Ish3, Aku dan abang2 aku serta mak ayah aku terpaksa habiskan makanan tu walaupun tak rela jaga hati tuan kedai orang kata. haha.  Memang seksa la makan benda yang terlalu manis macam tu. huhuh, Lepas kami balik tu terus ngap makanan lain, huhuh, Sakit perut tu xperlu ditanyalah, XD 

Aku nak beritahulah sebenarnya cerita pasal pergi kedai makan tu sebelum aku ke rumah ayah saudara aku. Baru tadi aku teringat, malaslah aku nak delete ayat punya ayat huhuh, dahlah panjang dah aku taip, haha. Sorrylah fikiran aku bercampur sekarang ni memori aku pun sama, Banyak benda dalam "My Computer" Aku ni, kadang2 yang elok2 duduk dalam "Local Disk :c:" bercampur dengan "Local Disk:D:" tu. huhu. Harap korang fahamlah ape maksud aku tu, Tak faham senang cerita fikiran aku terganggu . 

Cerita aku habis. haha. Okaylah aku nak tengok cerita Miracle In Cell No 7 pulak. huhuh, Aku belum tengok lagi, Korang xpelah dah tengok kot. XD. Nampak macam best je cerita tu masa iklan kat TV tu. huhuh. Sekarang aku tengah dengar lagu papinka-hitungan cinta. haha.
dahlah nanti aku ada satu story nak cerita dengan korang, pasal cinta? Ehem2, rahsia lerw.  
Selamat maju jaya, Assalamualaikum... :)


Thank you:
Truly Aisyah :3

2 comments:

  1. cantik blog aisya.. nuna blogwalking n follow sini.. suke dtang sini.. hehehee http://nunapringiacyunq.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Eh, xdelah cantik sangat. Terima kasih. :). thanks follow, nanti aisyah follow balik ek. :D.

    ReplyDelete